Tuesday, 12 February 2019

refleksi 2018

alhamduillah, masih diberi kesempatan untuk menaip selepas berbulan lamanya aku tinggalkan blog ni. lagipun mana ada orang yang baca kan. zaman sekarang tabiat suka membaca karangan bukan dah macam dulu. sekarang, buka apps, scroll dan like. :p

since dah masuk 2019 ni (padahal dah Februari) aku rasa perlu untuk aku catatkan rentetan sepanjang 2018. inshaAllah, sebagai peringatan, pengajaran dan kenangan untuk aku yang akan datang melawat blog ni supaya sentiasa on the track. *berdoa untuk diri sendiri*

aku mulakan dengan awal tahun 2018.
aku diuji dengan keracunan makanan dan Allah hadiahkan aku untuk present degree research thesis aku di international economic conference. mungkin apalah sangat bagi oranng yang dah biasa, tapi bagi aku this is one of the greatest blessings untuk aku yang merangkak cari ilmu pengetahuan. alhamdulillah, aku berjaya tamatkan degree aku walaupun penuh suka dan duka sepanjang perjalanan nak habiskan degree. 

lepas tu, aku start survey universities, minta referee recommendation daripada lecturers yang aku hormat sangat-sangat dan isi application form untuk sambung belajar lagi memandangkan cgpa aku melepasi target yang aku minta pada Allah. nikmat manakah yang perlu didustakan? tapi, hati aku tiba-tiba berbolak-balik untuk teruskan impian aku untuk sambung belajar kat tempat yg aku simpan cita-cita tu sejak sekolah menengah. aku keliru.

pertengahan tahun 2018.
alhamdulillah, aku dapat satu mesej yang permohonan aku diterima. dalam masa yang singkat, aku perlu cari masa yang sesuai dan hotel untuk aku pergi sebab course yang aku apply ni ada exam khas dan interview.  business school yg aku apply ni memang persaingan sengit dan requirement dia pun teramatlah tinggi (bagi aku :') ) aku pergi dengan tak simpan apa-apa harapan, cuma dalam hati aku tak putus berdoa "jika ini yang terbaik untuk aku, permudahkanlah ya Allah" walaupun dalam hati aku berat jugak nak pergi belajar kat sana..

dalam sebulan lebih lepas tu, aku check status dan alhamdulillah, permohonan aku berjaya. di saat aku tak berjaya untuk dapatkan biasiswa daripada mana-mana agensi kerajaan Malaysia untuk aku survive, aku tanamkan dalam hati inshaAllah akan ada jalan rezeki dari sumber yang tak disangka. aku percaya dengan janji Allah. alhamdulillah, savings yang aku niatkan nak buat belanja kahwin tu aku guna dulu untuk buat belanja study. ramai tak percaya aku self-funded siap tanya lagi mana aku dapat duit tu. ingat aku status anak bongsu ni dilahirkan untuk habiskan duit parents je ke? T_T dan aku struggle cari duit sendiri. kot la dah kawin nanti aku tahu basics nak cari income sendiri. tapi apa-apapun suami wajib bagi nafkah :) lagipun, dari tahun 2012 aku running bisnes kecil-kecilan untuk suka-suka sekarang baru aku nampak hikmahnya. agaknya kalau aku betul-betul komited, dah buka company sdn bhd dah hehe.

dah masuk tahun 2019 ni, setakat ni aku rasa macam savings tu macam tak bergerak je (pendek kata, ada lebih pulak kalau nak buat belanja kawin). aku perasan, ada je rezeki untuk aku dari segi kewangan. masha Allah, hebat betul kuasa Allah.

akhir tahun 2018.
aku diuji lagi dengan kehilangan. hubungan aku dengan salah seorang bff aku renggang sebab salah faham disebabkan seorang lelaki. aku doakan semoga beliau bahagia dengan pilihan dia dan aku, bukan sahabat yang terbaik untuk dia. aku masih lagi banyak kekurangan dan mungkin ini cara Allah mendidik aku untuk baiki diri sendiri. aku pilih untuk berundur diri sebab aku mula sedar, 4-5 tahun lepas aku hanya tahu apa maksud sabar tapi sekarang, aku dah capai satu tahap dalam hidup untuk meredhai segala takdir yang Allah tetapkan untuk aku. aku redha Allah ambik balik pinjaman Dia pada aku. aku pernah kehilangan orang yang aku cinta dan pada aku, kehilangan sahabat baik tu ibarat sakit perut keracunan makanan lepas aku dah melalui sakitnya apendiks pecah dulu (perumpamaan). pada akhirnya, cinta Allah yang akan kekal.

untuk tahun 2019,
aku tak harap apa sangat pun. cuma aku berdoa aku dikurniakan sebentuk hati yang mudah bersyukur dengan ujian dan nikmat. semoga kesabaran penantian aku dibayar dengan kemanisan iman. semoga jawapan doa diterjemahkan ke dalam realiti satu hari nanti. doa orang-orang yang menyayangi aku selalu bersama aku. aku berdoa sangat-sangat semoga bff zaman sekolah aku yang masih single dipertemukan jodoh tahun 2019 (padahal diri sendiri pun masih status single >.< )

aku nak tengok mereka bahagia dan aku percaya, bila kita doakan yang baik-baik untuk orang lain, malaikat akan mendoakan kembali untuk kita. :)


No comments:

Post a Comment