malam ni aku rasa agak sedih.
aku cuba buang ego aku untuk pulihkan balik persahabatan aku dengan bff aku tu. kalau ikutkan rasa nak marah teringat apa yang dia pernah cakap pada aku dulu, memang sampai bila-bila aku taknak contact dia. pendek kata, aku nak putuskan silaturahim ni. tapi hati aku tak sanggup nak buat macam tu lepas lama aku muhasabah diri aku, manusia selalu lupa 10 kebaikan orang lain sebab 1 kesalahan yang dibuat. aku whatsapp dia dengan satu soalan.
respon yang aku dapat lepas whatsapp dia.
hambar.
aku balik cuti ni takde pun tanya apa-apa. :') dan aku rasa, aku dah cuba sedaya upaya aku. dia pun dah ada orang-orang yang jauh lebih baik dari aku. tak apalah ya Allah, setiap pertemuan ada perpisahan. macam tak biasa kan? :)
aku berdoa semoga Allah gantikan kehilangan aku kali ini di tahun 2019 dengan kurniaan seorang suami yang sabar mendengar segala emo aku yang aku sembunyi dan tahan depan orang, yang boleh tenangkan hati aku dengan kata-kata nasihat bila aku stress atau down, yang tak menyalahkan aku balik bila aku dah buat confession tapi gunakan cara berhikmah untuk tegur kesilapan aku dan semoga aku juga dapat perbaiki diri aku dari masa ke semasa untuk dapat seseorang yang macam tu.
janji Allah itu pasti.
p/s: Mr. Unknown, tolong doa banyak-banyak untuk saya. saya sedih kehilangan bff yang saya sayang.. :(
No comments:
Post a Comment