Dah seminggu kejadian tu berlalu. Bagaikan dejavu.
12.01.2018, 1:00 pagi.
Perut KCC tiba-tiba memulas. Takde apa yang pelik. Pergi toilet where the nature calls.
Sakitnya tak berkurang tapi makin worst.
Takkan sebab makan Samyang hot and spicy ramen tu?
Mintak tolong KakCik urutkan belakang kot-kot hurtburn tapi takde apa yang berlaku.
Sakit. Sakit yang teramat sangat.
Selepas hampir 14 tahun, KCC rasa macam berulang semula sakit perut ni.
Tapi apendiks kan dah dibuang, habis masalah apa pulak kali ni?
Letak minyak angin. Dah.
Minum susu. Dah.
Cuba tidur dan buat macam biasa. Dah.
Ya Allah, ujian apakah kali ni?
Malam tu KakCik terpaksa called abah sebab nak bagitau KCC sakit perut yang amat sangat. Lepas tu Ma pun sampai kat bilik KCC tolong sapukan minyak angin. Tak lama lepas tu rasa mual, nasib baik sempat pergi toilet. Pelik tengok warna muntah tapi husnudzon, maybe sebab minum susu green tea.
Sakit tak berkurang langsung dan rasa memulas-mulas yang amat sangat dalam perut. Tak tunggu lama, Ma cakap kena pergi hospital jugak ni sebab nampak pelik sekali muntah dengan cerry berry. Semua orang salahkan samyang, padahal samyang bukan suspek utama dalam kes ni :')
.
.
Sampai je kat emergency department terus register dan staff yang jaga kat kaunter tu assume ni sakit perut gastrik je. Lepas je register dekat second registration counter, tiba-tiba sakit memulas dan dalam fikiran masa tu "mana toilet". Then lepas setel bahagian 1, bahagian 2 pulak nak proceed. Muntah 2-3 kali depan kaunter daftar tu. Staff kaunter tu pergi masuk dan tanya sendiri dalam bilik doktor "lambat lagi ke? patient tu dari tadi muntah-muntah"? Jasamu dikenang, encik.
.
.
Dalam bilik Dr, mula-mula Dr pun ingat gastrik tanya bahagian mana sakit dan pernah tak sakit macam ni. Malas nak fikir, jawab satu perut rasa sakit dan ni kali kedua sakit macam ni masa kena apendiks. Dr cakap kena pergi bilik no 9 sebab nak proceed next treatment. Kena naik wheelchair sebab tak boleh jalan terus dah. Dalam hati, "Ya Allah, janganlah Engkau cabut nyawaku sebelum aku bayar hutang beli buku Kak Da 30 ringgit tu" :(
.
.
Mula-mula nurse masukkan drip kat tangan kanan untuk blood test, malangnya darah tak keluar sebab katanya urat darah KCC halus sangat. -.- Sakit kena cucuk drip kanan tak habis lagi, turn left hand pulak ambik darah. 3 jenis ubat Dr masukkan kut drip tangan kanan, katanya painkiller, ubat tahan muntah dan hentikan cerry berry. Rasa macam nak pitam lepas ubat tu masuk dan Dr suruh rehat nak tengok ubat tu jalan ke tak. Duduk dekat kerusi bilik rawatan sampai tak sedar bila mana nurse masukkan normal water saline sebab dah dehydrated.
.
.
Dalam setengah jam lepas tu, nurse kejutkan sebab kena pergi buat xray. Seksanya nak tukar baju masa tu dengan drip kat tangan, kena verry gentle and careful nak lalu botol air tu keluar dari sweater dan sedar-sedar ada bloodflow kat drip. Menggigil dengan sejuk yang teramat sangat masa tu. Sakitnya Allah je yang tahu.
.
.
Setel part X-ray. Masuk bilik Dr nak check progress. Dr was on the phone at that time. KCC dengar Dr yang dalam telefon tu suruh buat UPT. Ya Allah, ingat KCC pregnant ke? -.- Tapi yelah itu salah satu prosedur sebab macam-macam kes sekarang ni.. Berani kerana benar. :) Dr suruh KCC ambik urine sample, tapi KCC takde langsung nak wee wee. Beliau pun cakap mungkin dehydrated lagi dan suruh lagi berehat habiskan satu botol normal saline tu. Dengan pasrah, pegi balik bilik no 9 dan tidur sebab ubat tadi tu memang effect dia rasa nak tutup mata.
.
.
Dua orang Dr datang kejutkan KCC dan pujuk buat urine sample. Katanya sebelum kena masuk ward kena buat urine test dulu. Dengar perkataan ward pun dah gerun sebab teringat masa Ma masuk hospital hari tu, KCC macam sedih dan stress tengok kebersihan toilet ward. Kalau masuk ward, rasanya sakit lain pulak yang mari. :') Gigih KCC bangun dan cuba la sedaya upaya penuhi request Dr tu, apa boleh buat kita cuma patient yang cuba elak daripada masuk ward.
.
.
Tahniah kepada diri sendiri yang boleh berlakon buat "semua dah okay Dr, saya dah tak sakit." illusion kat Dr. Lepas dah setel buat urine test, kena tunggu Dr yang dari ward nak jumpa. Tidur tak sedarkan diri dah dekat kerusi ruang menunggu. Orang datang tanya Ma Abah pun KCC tak buka mata sebab terlalu penat cerry berry + muntah. Dr tu pun boleh tanya kenapa KCC nampak pucat. Relevan ke soalan tu? :|
.
.
Dr kata KCC dehydrated dan takde energy sebab dah banyak keluar dari badan dan tanya apa yang KCC makan dari pagi sampailah sebelum tidur. Dr suspek KCC kena keracunan makanan sebab improper hand hygiene in food handling maybe daripada makanan luar. Since tak berapa serius dan tak payah masuk ward (yeay!), takde apa-apa ubat (double yeay!) dan kena banyak minum air, rest dan makan kerap daripada biasa.
.
.
Balik rumah hampir pukul 7 daripada 2.30 pagi ada kat situ. Rasa macam susahkan Ma Abah je :( Sampai je rumah solat subuh dan rehat je. Dalam 2-3 hari jugak fobia nak bowel output sebab teringat sakit cerry berry. Rupanya KakCik pun kena jugak tapi maybe antibodi dia lagi kuat dan badan KCC ni jenis sensitif. :')
.
.
Insha Allah, KCC yakin ada sesuatu yang baik Allah nak bagi lepas ni. Setiap kesulitan ada kemudahan. Setiap ujian akan adanya nikmat. Setiap derita pasti ada bahagia. KCC pegang tu je, sebab janji Allah itu pasti.
Lambat atau cepat, pasti ada.