Friday, 9 February 2018

Alhamdulillah. Dah masuk Februari rupanya :)

Tak ada apa yang menarik untuk di-update, tapi baru baru ni SV dah emel full paper untuk conference nanti. Rasa macam tak percaya je.

Janji Allah itu pasti. Setiap kesulitan ada kemudahan.

Lepas satu-satu dapat berita dan undangan walimatulurus, dan aku masih lagi berdoa semoga sentiasa Allah bantu diri aku mempersiapkan diri untuk jadi yang terbaik,
pada Allah,
pada RasulNya,
pada ma abah dan keluarga,
dan orang yang aku tunggu,
pelengkap separuh daripada agama aku, Mr Unknown.

Aku tak cari yang sempurna sebab aku tahu, aku juga manusia yang penuh kekurangan. 
Cuma biarlah dia seorang yang menjaga agamanya, setia pada Allah dan percaya aku serta bersama aku dalam susah dan senang.

Menaip memang senang. Aku percaya, sesuatu yang baik yang kita hajatkan disertai niat LillahiTa'ala, Allah akan uji. Dan, aku pernah melalui ujian cinta menujuNya.

Beberapa tahun dulu tak silap aku tahun 2012/2013, aku pernah pillow talk dengan kakcik (masa tu dia masih bujang). Aku pernah bagitahu beliau sesuatu. 

Aku pernah tak percaya dengan cinta pandang pertama.
Aku tak yakin dengan cinta selepas nikah.
Bagi aku, cinta pandang pertama tu sebab paras rupa seseorang je. Masa yang akan tentukan sejauh mana keyakinan hati kita untuk pilih seseorang tu untuk jadi pasangan kita. Takkan tengok sekali akan timbul rasa cinta sampai syurga?
Bagi aku, cinta selepas nikah ni tak relevan. Apa-apa pun, kena jugak kenal seseorang dengan erti kata "couple". Ya Allah, ceteknya fikiran aku masa fasa remaja. T_T

Tapi kalau Allah nak tunjuk tu sekejap je. Sekejap sangat. Sesuatu terjadi dalam hidup aku. Bertukar 360 darjah semua pendapat aku yang lupa dengan kun fayakun Allah.

2015 menjadi saksi turning point aku.
Aku percaya wujudnya cinta pandang pertama dan perasaan tu aku yakin jika niatnya kerana Allah, Allah takkan hilangkan perasaan tu.
Aku mula percaya dengan cinta selepas nikah..

Bukan saja-saja Allah cipta jarak antara kita, kerana jarak adalah untuk menjaga. Aku pegang tu je sekarang ni. 


p/s: Mr Unknown, cepat munculkan diri awak. Macam-macam saya nak share cerita dan, setiap hari saya tak pernah lupa mendoakan awak  :')

No comments:

Post a Comment