Monday, 15 January 2018

Khamis, 11.1.2018 (9:00 - 10:30 am)


Bila ada je Kak Cik dekat rumah, automatik Ma akan beli nasi lemak untuk anak-anaknya breakfast berjemaah. Biasanya Kittycatcoffee (KCC) makan sebijik kuih dan kopi kalau sorang-sorang. Lone ranger feeling adalah satu perasaan yang tidak best.

Berdua lebih baik, mungkin. 

Kami makan sambil girls' talk. Sambil bersembang sambil tambah sambal bilis goreng cik nor dalam nasi lemak. #gengsembang

Bersiap-siap nak pergi bandar sambil kalut berlari dalam rumah sebab dah lambat. Dah keluar pintu rumah tapi ada barang tertinggal pulak. As usual, itu adalah nature KCC dah keluar masuk pintu rumah lebih daripada sekali. 

Tiba-tiba ada orang called, bila tengok nama kat phone screen "Ya Allah, kenapa pulak ni? Ada yang tak kena ke dengan research aku? Baru perasan ada major correction ke?"

Runsing. Bimbang. Pasrah dan redha dalam hati bila tekan butang hijau...

*****

SV: Assalamualaikum W. Ada kat mana sekarang? Tengah busy ke nak study untuk final?
W: Waalaikumussalam Dr. Saya ada kat rumah sekarang. Tak busy pun. Saya dah habis last paper saya semalam. Ada apa ye Dr call saya? 

SV: Kiranya dah clear semua paper la ni. Okay macam ni W. Saya dan team saya termasuk dalam 2-3 orang pensyarah lain dah bersepakat nak pilih research W untuk buat pembentangan nanti dalam satu conference. Conference ni dibuat 2 tahun sekali dan pihak UiTM yang akan organize conference ni.
W: Okay.. *blur* 
.
.
.
.
SV: Jadi saya nak minta W jadi presenter sebab ini melibatkan research W. Ini adalah satu platform untuk W bila sambung belajar peringkat yang lebih tinggi akan datang. Biasanya kita pilih research yang dibuat full-time student atau post grad student saya yang present tapi cuma present proposal sebab research belum siap.  

Sebelum ni kita tak pernah ambil research dari epjj student sebab tak mencapai standard research macam full time student buat. Kiranya ini first time research epjj student kita akan bawa untuk present dalam conference.
W: Layak ke saya, Dr? (dalam hati, siapalah aku ni nak present dalam conference tu..)

SV: Layak la ni sebab tu kita pilih research W. Masa viva hari tu, W yang terbaik masa presentation dan itulah cara orang present research viva. Slide hari tu tak payah ubah apa-apa, semuanya dah okay. Yuran untuk seorang peserta kalau rate pensyarah RM750, kalau student RM450. Memandangkan ini research W, jadi fee hanya RM450. Saya dan team saya akan share sponsor fee tu, cuma W present saja nanti dan nak minta persetujuan W sahaja.
W: Okaylah kalau macam tu Dr. Saya cuba, inshaa Allah.
.
.
.
.
SV: Saya dan team saya akan compress research W jadi 8-10 muka surat tanpa mengubah apa-apa content yang asal. Jadi saya dan team saya akan jadi co-author untuk research dan W akan tetap jadi first author sebab ni research W. Jadi research ni akan jadi macam yang biasa kita baca dan download.
W: Nanti bila Dr dah compress research saya, boleh tak saya nak tengok? Sebab saya nak simpan untuk rujukan saya.

Dalam hati,
"Oo..untuk KPI rupanya ni. Alhamdulillah SV masih jaga hak student dia sebab pernah terbaca experience orang yang SV dia ambik research dia dan angkat diri sendiri jadi first author".

SV: Boleh sebab memang saya akan hantar kat W dan conference tu. Nanti saya akan whatsapp details pasal conference tu dan W boleh baca info dalam tu.
W: Okay Dr, apa-apa nanti saya akan bagitahu Dr. Terima kasih Dr.

KCC percaya, ini adalah win-win situation. Lagipun ini cuma usaha kecil KCC untuk balas budi SV yang tak penat jawab soalan-soalan pelik KCC masa tengah buat research. Yang selebihnya, cuma Allah sahaja yang mampu membalas. Dari dulu KCC pegang, kalau kita permudahkan urusan orang, inshaa Allah, Allah akan permudahkan urusan kita.

******

Tengok je whatsapp daripada SV, terus speechless tengok nama conference.

TGG International Business and Economic Conference.

Allahu.. Nikmat yang manakah perlu aku dustakan?


Allah takkan berhenti menguji selagi Allah masih menyayangi. Dalam diberi nikmat, Allah hantarkan ujianNya bermula 1:00 pagi.. 

To be continued..

No comments:

Post a Comment